Erti kehidupan.

Blog suka duka kehidupan di dunia,coleteh melayari alam rumahtangga serta kisah daku yang menyahut seruan untuk menjadi guru contoh serta berjasa buat ugama Islam dan bangsa juga negara

Dorong Hati Mendekati Khusyuk

Apabila hati berpaling kepada selain dari mengingati Allah ketika solat, maka tolonglah hati itu dengan memberi peringatan kepadanya bahawa Allah itu amat mengetahui kedudukan hati ini. Sesungguhnya amat bodoh orang yang bermunajat kepada Allah sedangkan hatinya lalai.








Seorang yang bermunajat dengan Allah bererti ia amat memerlukan sesuatu dari Allah, amat mustahak dan begitu penting, ibarat seseorang mempunyai hajat terhadap seorang lain, oleh kerana hajatnya itu begitu besar dan mustahak maka ia terpaksa bertemu hanya empat mata. Selain itu cara menyampaikan hasratnya itu begitu rahsia, kerana mungkin ia sedang keputusan wang belanja atau keputusan keperluan dapur dan sebagainya, lalu ia ingin berhutang dengan rakannya itu oleh itu ia terpaksa berbisik-bisik supaya tidak diketahui oleh orang lain.

Tentunya lebih hebat lagi pengertian munajat seorang hamba terhadap Allah, kerana yang hendak dipinta dari Allah ketika munajat (solat) itu sudah pasti perkara yang lebih penting dari keperluan duniawi, bahkan yang dipinta dari Allah ialah taufiq, hidayah, iman, rahmat, pengampunan, pimpinan dan bimbingan kepada hatinya agar tidak lalai terhadap Allah.Tetapi alangkah buruknya hati seseorang yang sedang bermunajat kepada Allah dengan hati yang lalai, adalah mustahil jika seseorang itu benar-benar berhajat kepada Allah ia masih boleh lalai dalam munajatnya dengan Allah.





Sedangkan ketika seorang hendak mendapatkan bantuan atau pertolongan dari rakannya, ia sanggup merintih, berbisik-bisik dan merayu dengan suara yang merendah dan bersungguh-sungguh. Maka mustahil ia boleh terlalai kerana ia benar sedang memerlukan bantuan dari sahabatnya itu.Oleh itu segeralah memberikan pertolongan kepada hati yang lalai ketika bermunajat kepada Allah, dengan mengingatkan ia bahawa bila seseorang itu berhasrat hendak bertemu dengan Allah melalu solat bererti ia amat memerlukan.

Pertemuan itu amat penting dan ia mesti dihargai dengan mengajar diri sendiri agar berusaha menghindari sifat lalai itu.Untuk menjauhkan kelalaian itu dipaksa hati agar ia ingat akan Allah, dengan sentiasa mengawal wajah hati dari berpaling kepada Allah dengan khusyuk. Kerana apabila batin telah khusyuk maka segala perbuatan yang lahir juga akan menjadi khusyuk.Bila anggota lahir melakukan gerakan yang tidak perlu seperti menyapu muka, mengurut janggut, membelai hujung serban dan sebagainya ini menandakan hatinya tidak khusyuk.





Jasad manusia ibarat rakyat, hati adalah pemerintahnya, sudah tentu rakyat akan bekerja menurut arahan permerintahannya. Demian juga sifat khusyuk itu akan mempengaruhi perbuatan yang lahir.





Oleh itu Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:-"Ya Allah perbaiklah para pemimpin dan orang-orang yang dipimpin." Pemimpin dan orang yang dipimpin itu bukan sahaja bermaksud pemerintah atau raja dan rakyat, tetapi juga pengertian pemimpin dan orang yang itu termasuklah hati dan anggota jasad. Wallahualam.





dipetik dari Tazkirah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ibu Ratu Hatiku

Orang kata


> aku lahir dari perut

> mak...

> (bukan org kata...memang betul)

> Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

> Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

> Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..

> .. mak

>  Kata mak, perkataan

> pertama yang aku sebut....

> Mak
> Bila bangun tidur, aku

> cari.... mak

> Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

> Bila nak bermanja, aku dekati...... . mak

> Bila nak bergesel, aku duduk

> sebelah.... mak

> Bila sedih, yang boleh

> memujukku hanya..... mak

> Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

> Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
> Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat

> marah.... mak

> Bila takut, yang

> tenangkan aku.... mak

> Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

> Aku selalu teringatkan ..... mak
> Bila sedih, aku mesti talipon..... mak
> Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....

> . mak
> Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
> Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
> Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

> Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
> Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

> Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
> Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..

> mak

> Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak
> kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam &

> lauk pauk..... mak

> Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang

> aku.... mak

> Yang selalu

> berleter kat aku... mak
> Yang selalu puji aku....

> mak

> Yang selalu nasihat aku...... mak

> Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan

> rujuk..... mak

> Aku ada pasangan

> hidup sendiri....

> Bila seronok, aku cari.....pasanganku

> Bila sedih, aku cari.....

> mak
> Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
> Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

> Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

> Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
> Bila nak bercuti,

> aku

> bawa.....pasanganku

> Bila sibuk, aku hantar anak ke mak

> Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat

> Hari Ibu”
> Selalu... aku

> ingat pasanganku

> Selalu.. mak ingat kat aku 

> Bila-bila... . aku akan talipon pasanganku
> Entah bila... aku nak talipon mak

> Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

> Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
> Renungkan:
> "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...

> bolehkah kau kirim wang

> untuk mak?

> mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun

> cukuplah".
> Berderai air mata jika kita mendengarnya. ..........
> Tapi kalau mak sudah tiada...... .....

> MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU

> SANGAT....

Kualiti atau Kuantiti susu ibu?


Artikel ni saya ambil dari kak norhafizah, salah seorang ahli susuibu.com...terima kasih kak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,




Pastinya ramai yang tertanya-tanya, apakah episod cerita yang sedang berlaku pada seorang ibu bernama Norhafiza di sini dahulu yang begitu ingin menyusukan anaknya 2 tahun penuh tanpa solid food itu...? :)



Untuk pengetahuan semua, sewaktu sehingga sekarang usia anak saya yang sudah mencecah 16bulan++, alhamdulillah dalam kehendak PENCIPTA, susu uminya masih lagi setakat ini adalah makanan utamanya... :)



Pernah dalam 2 minggu lepas dalam masa 2 hari saya langsung tak makan apa2, cuma sekadar minum air masak (air tapis) sahaja (sulit untuk diceritakan sebabnya), tapi alhamdulillah bekalan susu (direct feeding) cukup untuk keperluan anak saya dalam masa 2 hari itu walau anak saya dalam masa 2 hari itu langsung tidak menyentuh apa-apa makanan lain...



Sedangkan kalau dilihat secara mata kasarnya, air susu saya pada waktu itu dan sekarang ini sudah memang terlampau sangat sedikit, tetapi dibukakan-NYA lagi pencerahan kepada saya bahawa yang penting bukanlah KUANTITI susu, tetapi KUALITI susu yang terjana...



Contoh mudah, jika kita letakkan segelas setiap satu air zam-zam, air tapis RX-Water, air tapis Dr Sukida, air masak, air paip, dan air mata air, jika kita check, setiap jenis air itu punya gelombang tenaga yang sangat berbeza WALAU SECARA MATA KASARNYA semuanya adalah DALAM BENTUK FIZIK/RUPA YANG SAMA dan DALAM JUMLAH KUANTITI YANG SAMA...



Perbezaan tenaga yang sangat nyata akan dapat dikesan bila perbandingan tenaga dibuat antara contohnya air zam-zam dan air paip...WALAU RUPA DAN AMAUNNYA SAMA tapi tenaga yang terhasil dari air zam-zam walau diambil secawan kecil langsung tidak boleh diukur dengan air paip kebolehtenagaan positifnya itu...



Jadi secara asasnya, begitu juga air susu kita, tenaga yang terhasil pada air susu si ibu A contohnya mungkin sangat berbeza dengan tenaga yang terhasil dari air susu si ibu B...



Point penting yang saya nak berkongsi di sini adalah janganlah kalian semua terlampau fokus cuma untuk memperbanyakkan jumlah KUANTITI air susu sahaja, tapi terlampau pentingnya juga untuk kalian semua fokus pada usaha untuk MENINGKATKAN KUALITI AIR SUSU YANG DIHASILKAN jika benar kalian ingin memberikan yang terbaik buat si permata hati...



Asasnya melalui pemerhatian dan kajian yang telah dibuat (terlampau panjang ruang yang diperlukan kiranya untuk bercerita bagaimana asas ini dibentuk), secara mudah, KUALITI TENAGA pada air susu kita boleh ditingkatkan (dan sebaliknya juga akan sangat merudum ketiadaan tenaganya jika faktor ini diabaikan) melalui 4 cara,



1) pemakanan ibu (bersih, halal dan suci) = 10%

2) akhlak ibu (tenang, sabar, dan lain-lain akhlak terpuji) = 65%

3) gaya hidup, persekitaran kerja dan tempat tinggal ibu = 18%

4) lain-lain (perlu ruang banyak untuk dihuraikan) = 7%



Jadi, pengkhususan sepatutnya yang perlu kita fokuskan bukanlah semata-mata pada makanan apa yg sepatutnya diambil oleh ibu yang menyusu, tetapi apa yang sangat ramai dari kita yang terlepas pandang adalah dari segi penjagaan emosi dan penjanaan akhlak yang baik dari ibu yang menyusu...sangat besar rahsianya bila Rasulullah SAW mengajar kita, "JANGAN BERIKAN ANAK KAMU MENYUSU DENGAN PEREMPUAN GILA KERANA AIR SUSUNYA BERACUN"



Kerana gila itu adalah sejenis dari bentuk akhlak yang negatif...lagi sangat indah hadis Rasulullah SAW yang lain, "SESUNGGUHNYA AKU DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA"...ada rahsia sangat luar biasa di sebalik mereka yang mulia dan hebat akhlaknya dari segi kesihatan dan juga kebolehmampuan merasai ketenangan yang sangat mendamaikan sewaktu sementara berada di dunia yang pastinya akan binasa ini...



Telah diberikan-NYA sedikit pencerahan kepada saya dalam kebolehmampuan untuk menghuraikan secara saintifik kaitan antara 4 cara di atas serta peratusan tenaga yang terhasil atau tersusut pada sistem tubuh melalui kaedah penjelasan dalam bentuk gelombang (kerana tenaga boleh diukur melalui bentuk gelombang), tapi di sini saya takkan panjang lebarkan penjelasannya kerana memerlukan ruang yang sangat besar pula...



Cuma sekadar untuk pengetahuan, beberapa orang pensyarah berpangkat PHD dan ramai orang-orang terpelajar telah didatangkan-NYA untuk berjumpa dengan saya (dalam kehendak ALLAH) untuk hal ini dan telah kita terangkan kepada mereka pembongkaran ilmu ALLAH ini setakat mana yang dalam kehendaK ALLAH.



Satu lagi pembongkaran kecil berkaitan "kaedah" penghasilan zuriat, bagaimana faktor akhlak dan adab suami isteri sewaktu hubungan kelamin dilakukan yang dalam kehendak ALLAH pada waktu itu terjadinya pembentukan zuriat, sangat punya kaitannya dengan bagaimana terprosesnya DNA yang sungguh unik pada benih yang tercipta yang mana akan bagi pengaruh yang sangat besar pada pembawakan anak yang akan terhasil..



Pernah tak kalian terfikir kenapa budak-budak sekarang ini terlampau hyper aktif? tak dengar kata? tak boleh ditegur? Inilah sebenarnya hasil daripada hubungan kelamin yang dilakukan penuh dengan nafsu serakah semata-mata...lambakan video lucah di internet dan macam-macam lagi faktor penyumbang yang mempengaruhi kepada penghasilan akhlak dan adab yang buruk suami isteri sewaktu hubungan kelamin yang halal itu berlaku...kerana keinginan untuk meniru apa yang dilihat dan lain-lain yang sewaktu dengannya...



Contoh paling mudah, nasi goreng, halalkan untuk dimakan...tapi kalu kita makan nasi goreng itu tanpa baca bismillah, makan dengan gelojoh, ikut nafsu terlampau, maka kita makan dengan syaitan bukan? begitu jugalah hubungan kelamin, benar ianya halal, tetapi dengan akhlak dan adab yang teruk, maka hubungan bersama kita itu juga SAMA-SAMA "disertai" syaitan, dan sangat malanglah kalau sekiranya pada waktu itu dalam kehendak ALLAH terjadinya pembenihan zuriat; kerana banyak "akhlak syaitan" biasanya akan "terekod" dalam rahsia DNA zuriat yang terbentuk...



Jika benih yang terhasil itu tidak elok, jadi walau ianya "ditanam" di tanah yang subur / persekitaran tempat tinggal yang baik pun kebarangkalian untuk ianya ditimpa "penyakit" sangat tinggi, apatah lagi jika benih yang tak elok diletakkan di tanah yang tandus / persekitaran yang tak baik...?



Dan ingat kita tidak tahu bila akan terjadinya pembenihan, maka sentiasalah berakhlak dan beradab sewaktu melakukan hubungan kelamin...pelajarilah adab sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW tentang hal ini...lakukanlah hubungan bersama itu dengan penuh kasih sayang kerana ALLAH...



Cukuplah setakat ini dahulu dan saya mohon maaf sangat-sangat kerana kebarangkalian untuk saya membalas komen-komen di sini sangat tipis kerana banyak tugas yang terpikul di bahu ini yang harus dilaksanakan...cuma insyaALLAH kiranya dilapangkan-NYA ruang dan waktu, saya akan menulis lagi di sini pembongkaran-pembongkaran rahsia ilmu ALLAH yang tersangatlah luar biasa luasnya itu...





Catatan tambahan: insyaALLAH minggu hadapan kami sekeluarga akan ke Tanah Suci mengerjakan umrah (mohon doa kalian), dan untuk memudahkan urusan ibadat, kami bersepakat untuk menyunatkan anak teruna kami ini...dan alhamdulillah, minggu lepas di usianya 16bulan, anak teruna kami ini telah dikhatankan di sebuah poliklinik di sini dengan kaedah biasa (injection bius yang tahan setengah jam)...ramai yang mengatakan bila anak lelaki dah boleh berjalan, jangan khatankan sebab dah sangat susah untuk dijaga, tapi alhamdulillah pada hari pertama dia dikhatankan lagi, dia dah berlari-lari anak bermain dan pada hari itu sahaja dia dah main air / mandi tiga kali...kami ini sangat lemah tapi kami sangat berharap dan sangat bergantung harap pada YANG MAHA HEBAT...maka YANG MAHA HEBAT lah yang akan memberikan kemudahan...jadi bergantung harap dan bersangka baiklah pada YANG MAHA PENCIPTA...insyaALLAH kita semua akan mendapat keberkatan...aamiiin...



Wallahua'lam.

Kehadiran yang dirindu

Semua orang rindu Muhammad...tok abi, jidah, tok ma, nenek,nyang,untie ngah,untie su,kholah,cik su....semua la....tapi nak buat macam mana, muhammad tinggal nunnnn jauh di sabah...nanti cuti Muhammad balik boleh la semua orang melepaskan rindu ok...

Membesarkan seorang khalifah...




Sayangku zahran...hari ini genap 8 bulan anak ummi belajar mengenal dunia...
ummie sangat bersyukur kerana dapat mendidik dan mengasuh sayang...
waktu ummie mencoretkan nukilan ini, sayang sedang lena diulit mimpi....
sayang nak tau tak, sekarang ummie susah betul nak pakaikan pampers untuk sayang...mana taknya, asal ummie letak je kat atas tilam muhammad anak ummie ni mesti nak bergolek...malah hari ni sangat ketara muhammad dah pandai merangkak...tahniah ye sayang,satu lagi pelajaran yang muhammad dapat belajar...



ummie rasa macam baru semalam ummie lahirkan muhammad...sakit bersalin hanya Allah dan orang yang melalui sahaja tahu betapa sakitnya...namun segala kesakitan tu hilang bila melihat mata muhammad yang bersinar-sinar melihat ummie buat pertama kali mengharapkan kasih sayang dari ummi dan abi...

alhamdulillah juga ummie masih lagi dapat menyusukan muhammad sepenuhnya...ummie nak muhammmad dapat yang terbaik dari ummie ye sayang...
bila dah besar jangan lupa ummie dan abi yang tak terucap kasih sayang yang kami curahkan...

hari-hari ummie berdoa agar sayang menjadi anak yang soleh...yang dapat menghafaz ayat2 Allah...yang dapat meneruskan perjuangan Rasulullah....muhammad kena jadi anak yang kuat, taat kepada perintah Allah dan Rasul...jangan gentar untuk menegakkan kalimah Allah...bantu ummie dan abi untuk dapat doa dari anak yang soleh bila kami sudah tiada nanti...

sayang, tidurlah sayang...tidur dengan lena agar bila sayang bangun nanti sayang akan membesar menjadi orang yang berguna...

Perihal iman dan ihsan

Iman Islam dan Ihsan…sudah serasi dengan kehidupan seorang Muslim.Namun sejauh manakah kita menghayati dan mengaplikasikan makna sebenar ihsan dalam kehidupan kita yang seharusnya berinteraksi dengan seluruh kehidupan di muka bumi ini…

Hari ini setelah mendengar ceramah pendek, ada satu persepi baru dalam diri untuk menghayati makna ihsan itu sendiri.Dalam kehidupan sebagai hambaNya, sudah tentulah kita perlu ihsan dalam melakukan ibadah kepada Allah..Bukan itu sahaja, seharusnya kita juga perlu ihsan dalam melaksanakan tugas sebagai isteri, pendamping suami…ihsan terhadap rumahtangga, untuk memastikan rumah bersih dan tidak berselerak, ihsan kepada laman dibelakang rumah, supaya tidaklah nanti kelihatan semak samun seperti hutan, ihsan untuk membersihkan diri sendiri, ihsan untuk menyuapkan anak makanan yang berkhasiat sehinggakan mengaplikasikan ihsan untuk menyediakan masakan dan makanan yang sedap2 untuk seisi sekeluarga…bukannya asal ada2 sahaja…

Berasa ihsanlah terhadap segala pekerjaan yang kita lakukan…Begitu juga perlu diterapkan penghayatan ihsan itu sendiri dalam melunaskan tugasan kita sebagai pekerja kepada majikan…Jika amanah dengan Allah kita jaga sebaik mungkin, sudah tentu amanah dengan manusia juga akan terpelihara dengan baik..lakukan yang terbaik, dan selebihnya serahkan kepada Allah untuk menguruskan…Betapa indahnya Islam itu untuk dihayati bersama…hanya terserah kepada kita sejauh mana untuk kita mengaplikasikan dalam setiap perbuatan sepanjang kehidupan kita didunia ini.

welcome


Blog ini adalah blog untuk saya luahkan rasa dalam kehidupan ini.Keluarga saya,suami dan my beby muhammad saif zahran amat berharga buat saya.
Saya mahu coretkan untuk semua.Semoga blog ini memberi manfaat buat semua.

wassalam...

anis/umizahran.